Friday 1 April 2011

Pasukan Kelantan Lepaskan Banyak Peluang Keemasan




Kelebihan bermain di tempat sendiri tidak dimanfaatkan sepenuhnya oleh pasukan Kelantan dimana hanya sekadar menang dengan 2 - 1 kepada Harimau Muda. Kelantan membuka tirai jaringan gol menerusi Solehin hasil hantaran bergaya dari Zairol Fitree Ishak pada minit ke-10 permainan.Setelah beberapa minit masa permainan S. Chanturu telah menambah lagi jaringan gol pada minit ke ke-25 hasil dari kesilapan barisan pemain pertahanan Harimau Muda A.Sebelum tamat separuh masa pertama Irfan Fazail telah menjaringkan gol pertama buat pasukan Harimau Muda A pada minit ke-44  daripada  kesilapan barisan pertahanan Kelantan didalam kawasan penelti, sehingga tamat separuh masa pertama.
Permainan diantara pasukan Kelantan dan Harimau Muda A bersambung pada separuh masa kedua. Memasuki separuh masa kedua, pasukan Harimau Muda A seakan mendapat nafas baru apabila asakan demi asakan diberikan kepada pasukan lawan iaitu pasukan Kelantan. Walaubagaimanapun pasukan Kelantan berjaya menghalang asakan dari masukan dari Harimau Muda A. Dalam pertengahan separuh masa kedua Chanturu mensia-siakan sekurang-kurangnya dua peluang untuk menjaringkan gol bagi meninggalkan pasukan Harimau Muda A tetapi ternyata tendangannya agar liar dan lemah, di samping itu tendangannya dapat dibaca oleh penjaga gol pasukan Harimau Muda A. Pemainan berterusan tanpa jaringan gol diantara kedua-dua belah pihak sehingga tamat permainan.

Video jaringan gol dari pasukan Kelantan menentang pasukan Harimau Muda A






ATENTION: Segala maklumat diatas merupakan pendapat saya sahaja,tiada kaitan diantara yang mati dan yang hidup..apapun jika ada sebarang kesilapan dan kesalahan dari pendapat saya..sya ingin minta maaf sangat2...

No comments:

Post a Comment

Followers